Friday, 21 June 2013

Bulan Sya'ban (Darul Murtadza)

22 June 2013

Malam Nisfu Syaaban 1434H

Malam Nisfu Syaaban - Darul Murtadza

Alhamdulillah, Sekali lagi kita telah diberi peluang dariNya untuk sampai ke Bulan Syaaban pada tahun ini. InsyaAllah pada malam Isnin ini, kita bakal berjumpa dengan Malam Nisfu Syaaban. Mari kita ikuti Pesanan Al Habib ALi Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkenaan Malam Nisfu Syaaban:



Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,

أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.

Yang bermaksud :

Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".



Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.



Amalan malam Nisfu Sya'ban :

Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :



1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.

2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.

3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.


* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin :



Thursday, 30 May 2013

Pebanyakkan berselawat pada Hari Juma'at

Assalamualaikum w.b.t 
Hari ini insyaAllah saya akan membincangkan tentang fadhilat berselawat pada hari Juma'at.Perbanyakkan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah salah satu amalan utama pada hari Juma'at. Berselawat atas Nabi SAW memiliki banyak keutamaan dan Pahala yang agung. Berikut ini sebahagian Hadits yang menjelaskannya.

 Dari Aus bin Abu Aus RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Seutama-utama hari tertentu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu pula Adam meninggal, pada hari itu sangkakala kehancuran dunia ditiup dan pada hari itu juga sangkalala Kebangkitan makhluk ditiup. Maka perbanyalah membaca selawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya manusia itu menyaksikan bacaan selawat tentu akan ditunjukkan kepadaku. “

 Para sahabat bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami akan ditunjukkan kepada Tuan sementara jasad Tuan telah hancur?”

 Dari Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat untukku.” (HR. Tirmidzi)


Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Hanya ini sahaja yang saya dapat sampaikan. :D moga2 bleh dijadikan panduan hidup dan disampaikan ke seluruh dunia! Sebelum itu marilah kita sama mendengar kepada alunan qasidah yng disampaikan oleh Habib syech as-seggaf!! shollu alaihh!!

Wednesday, 29 May 2013

Imam Syafie' last word

Got to know of this poem recently. And I fell in love with it.


Imam Shafi`i on his death-bed was asked by Al Muzni "What is your condition?"

Then Imam Shafi' (رحمه الله) replied,

"I am journeying from this world, and departing from my brothers, drinking from the cup of death, and upon Allah, Exalted is His remembrance, arriving. And no! By Allah, I do not know if my soul is travelling towards Paradise or the Fire!"

Imam Shafi' (رحمه الله) then began to cry profusely and recited the following;

Pesanan Imam Syafie' dlm ILMU

Kalau mahukan ILMU kita hendaklah mempunyai KECERDIKAN,KESUNGGUHAN,TAMAK(dahaga ilmu) dan BELAJAR.

Kata-kata ini saya ambil drpd tausiyah yng disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abiddin ketika di UIA Kuantan 2013.. Ditujukan kepada rakan2 seperjuangan.

PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.....:-)


Habib 'Umar telah menyampaikan nasihat yang amat berguna kepada kita semua semasa kehadirannya yng lalu di Negara Malaysia,bersama2lah kita merenungkan apa yang disampaikan oleh Pendakwah ke Jalan Allah dan Rasul saw ini:

"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.
Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu. Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?"

"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.. Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w."

Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau,
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
..
DENGARLAH WAHAI SAUDARAKU,NASIHAT HABIB UMAR BIN HAFIDZ YANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA DAN ADA PERKAITANNYA DENGAN KITA SEMUA TERUTAMANYA DI MALAYSIA.....:-)

Habib Umar berkata:"Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan gundah; biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok.

Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat.

Tenanglah dengan keputusan Allah Subhanahu wa Ta'ala, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu."
...
 
 
Berkata Syeikh Muhammad Rohimuddin Nawawi al-Bentani:"Carilah perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada cinta Allah dan Rasul Sollahu 'Alaihi Wa Sallam. Hindarilah perhimpuan-perhimpunan yang membawa kepada perpecahan umat. Kata2 yang sama juga diucapkan oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki..:-)

Pesanan Al-Habib Ali Al-Jufri





بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

Pesanan Al-Habib Ali Al-Jufri buat kita semua teman ^_^

"Apa jua masalah yang berlaku pada diri kita, maka lihatlah pada dalam diri kamu. Kerana di situlah punca kepada setiap permasalahan yang berlaku di luar. Lihatlah hati kamu, dan selidikilah ia. adakah ia bermasalah atau sebaliknya."

Habib menyebut firman Allah: Dan berjayalah bagi mereka yang mensucikan diri. Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Sekiranya kita mengetahui apa hikmah yang terkandung dalam setiap kebaikan, maka kita akan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan tersebut.

Orang yang mensucikan diri mereka, kemudian menambahkan nilai kesucian tersebut dengan menyumbang dan mberi manfaat kepada orang lain, maka orang itulah manusia yang dikehendaki oleh Allah.

Kenalilah dirimu, nescaya akan kenal dirimu kepada Allah.

Dengan mengenal diri sendiri, kita kenal kita adalah kerdil dan Allah Maha Besar. Kita akan kenal kita adalah fakir hina dan Allah maha Kaya lagi maha Mulia.

Mengenal diri sendiri akan menghilangkan rasa ujub, riya', bangga diri dalam hati, membuang keakuan pada diri.

Tanamkan rasa mahabbah juga boleh dilatih dengan mengenal nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat yang dikurniakan boleh sahaja dicabut bila-bila masa disebabkan banyaknya maksiat yang kita lakukan.

Namun, maha pengasih Allah terhadap hamba-Nya, ditangguhkan balasan tesebut bagi memberi ruang untuk kembali bertaubat. Maka, syukurilah dan hayatilah setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Hendaklah anda (sebagai penuntut ilmu) mahirkan diri dan bijak dengan bidang yang ada ceburi.

Anda di kemudian hari akan berjaya menjadi jurutera yang mensucikan hati, peguam yang mensucikan hati, doktor yang mensucikan hati, apa jua kerjaya yang kalian hajati akan dikira berjaya apabila anda mensucikan hati (tazkiyatun nafs).

Pada masa itu, Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Tuesday, 28 May 2013

HUKUM PEREMPUAN MEMAKAI SELUAR DAN BAJU BERWARNA-WARNI

Assalamualaikum,
Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan hukum ini mari kita lihat sebuah hadis nabi S.A.W. yang menyebut:

(( المرأة عورة ، وإنها إذا خرجت من بيتها استشرفها الشيطان))
رواه الطبراني في الاوسط عن ابن عمر بإسناد صحيح ، ورواه ابن خزيمة في صحيحه أيضا

Maksudnya : Perempuan adalah aurat, dan sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya syaitan akan sentiasa memerhati dan mengekorinya.

Hadis soheh ini jelas menyebut bahawa perempuan adalah aurat. Tapi harus difahami bahawa bukan semua keadaan perempuan itu aurat.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mengangkat suara di hadapan bukan mahramnya.

Perempuan menjadi aurat jika tabarruj yakni berhias sehingga menarik perhatian orang ramai walaupun menutup aurat dengan sempurna.

Perempuan menjadi aurat jika berwangi-wangian di luar rumahnya.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mendedahkan auratnya.
Dan perempuan menjadi aurat jika memakai pakaian yang tidak syari`e.

Islam melarang wanita memakai seluar samada ketat atau longgar tanpa pakaian labuh hingga ke kaki seperti jubah dan yang seumpamanya kerana beberapa perkara :

1- Kerana menyerupai lelaki.
Sabda nabi S.A.W :

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال)) رواه البخاري

Maksudnya: Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.




الكبرى : إسناده صحيح ، وهو من حديث أبي هريرة رضي الله عنه



Maksudnya: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.

Oleh kerana asal seluar adalah pakaian lelaki dan dipakai oleh semua lelaki maka tidak diharuskan bagi perempuan untuk memakainya.

2- Seluar membentuk anggota wanita. Dan setiap pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan wanita adalah haram dipakai di hadapan bukan mahram.

Sabda Nabi S.A.W :
عن أبي هريرة رضي الله عنه (( صنفان من أهل النار لم أرهما بعد : قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات ، مميلات مائلات ، رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا)) رواه أحمد ومسلم.

Maksudnya: Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh.

3- Meniru gaya wanita-wanita bukan islam.

Sabda Nabi S.A.W :

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :(( من تشبه بقوم فليس منهم )) رواه أبو داود

Dalam penegasan dalil-dalil yang dinyatakan di atas kita mengulangi bahawa boleh bagi wanita memakai seluar tetapi dengan syarat-syaratnya.

1- Jika dipakai dengan pakaian yang labuh dan longgar.
2- Jika dipakai di hadapan mahram.
3- Kerana darurat seperti dalam keadaan perang atau bencana untuk mudah lari dan menyelamatkan diri.


Pemakaian baju yang berwarna pula tidak ada hukum yang tetap berkenaan dengannya. Tetapi islam telah menggariskan dan meletakkan satu kaedah, iaitu sekiranya pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahram seperti terlalu terang warnanya atau corak-corak yang keterlaluan atau berenda-renda atau labuci-labuci yang berselirat dan bergemerlipan maka hukumnya tidak boleh. Dan hukum ini juga kembali kepada adat sesuatu tempat tersebut. Satu contoh saya berikan. Kalau perempuan di Malaysia kebanyakannya atau hampir kesemuanya memakai baju kurung berwarna warni sehingga pemakaian itu menjadi biasa. Tapi jika dipakai di Negara lain (Negara Arab khususnya) ia adalah sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan orang, maka ia tidak digalakkan (kalau boleh elak lebih baik).

والله أعلم
Sumber : Sebahagian dari Fatwa Sheikh Muhammad Asy-Syanqithi dan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.

Antara syafa'at Nabi Muhammad saw di Hari Kiamat

Assalamu'alaikum.wr.wb
Pada hari kebangkitan, persamaan sehari di sana dengan sehari di dunia adlh sngt berbeza. Pendapat ulama' yng megatakan tentang persamaan hari di dunia dan hari di akhirat adlh khilaf.Maka saya hanya mengambil salah satu pendapat.Sehari hari ini bersamaan 50,000 tahun di sana. Manusia menunggu giliran untuk dihisab selama 50,000 tahun sehingg akan ada yang sanggup untuk ke Neraka kerana tidak tahan menunggu. Sehingga ada sekumpulan manusia yang berkata “ayuhlah kita ke para nabi-nabi supaya mereka dapat memberi kita syafaat untuk memulakan hisab”
Lalu mereka berjumpa dengan Nabi adam a.s “wahai Adam, Allah telah menciptakan kamu dengan tangan-Nya sendiri, berilah kami syafaat” Adam menjawab “aku dengan halku, aku telah berdosa dengan tuhanku, aku dengan halku, pergilah kepada Nabi Nuh a.s”
Nabi Nuh as menjawab “aku dengan halku, aku telah tinggalkan kaumku dan lain lain, pergilah kepada Nabi Ibrahim as”
“wahai Ibrahim as, kau pencinta ar- Rahman, berilah syafaat kepada kami”
Nabi Ibrahim as menjawab “aku dengan halku, aku telah tipu dengan penipuan, dan dia sebutkan. Pergilah kepada Nabi Musa as”
“Wahai Musa, engkaulah Kaleem ar- Rahman, Allah swt bercakap dengan kamu secara langsung (tanpa hijab), berilah syafaat kepada kami”
Dan Nabi Musa juga menjawab “aku dengan halku, aku telah membunuh seorang, pergilah kepada Nabi Isa as”
Maka pergilah mereka kepada Nabi Isa dan baginda menjawab “aku dengan halku,” tapi dia tidak menyebut dosanya. “pergilah kepada Nabi Muhammad SAW”
Maka pergilah mereka kepada Nabi Muhammad SAW dan baginda berkata “akulah orangnya, akulah orangnya” maka dia pergi, sujud kepada Allah SWT Selama mana Allah mahukan dia bersujud, dan Tuhan mengajarnya puji- pujian yang tidak pernah didengari sebelum ini yakni gaya pujian kepada Allah SWT dengan cara yang tidak pernah Rasul dengar sebelum ini. Maka baginda puji Allah SWT dan barulah dimulakan hisab.
Maka masuklah yang ke Syurga itu ke Syurga, dan yang ke Neraka itu ke Neraka. Dan Rasulullah masih berada dalam situasi ini Rasulullah berkata “maka aku sujud pada Allah, selama mana dia mengkehendaki aku bersujud” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Pada Hari Akhirat semua orang akan berkata “Aku dengan halku” kecuali Nabi Muhammad yang berkata “ummati, ummati” Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya seberat biji gandum dari iman”
Maka keluarlah berduyun-duyun manusia. Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud, dan aku panjangkan lagi sujudku” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muhammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya seberat biji sawi dari iman” Maka keluarlah berduyun-duyun manusia. Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud,” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya sebesar atom (zarah) dari iman” Tahukah kamu sebesar zarah? Yakni apabila kamu kasihan untuk memijak seekor semut, maka itulah sebesar zarah. Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud, dan aku panjangkan lagi sujudku” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Pada kali keempat ini, Baginda berkata,”Ya Allah, izinkan aku (keluarkan) sesiapa yang pernah sebut La Ila Ha Illallah, walaupun dia bukan dari umatku, tapi telah Esa kan kau, walaupun tidak pernah menyebut Lailah haillallah Muhammadar Rasulullah, hanya mengESAkan engkau sahaja”
Maka Allah SWT berkat “dengan KEMULIAANKU, dan KEAGUNGANKU, dan KEBESARANKU, akanku keluarkan dari neraka barangsiapa yang menyebut La Ila Ha Illallah”
Nabi Muhammad SAW bukannya milik orang Riyadh, bukannya milik orang Jeddah, bukannya milik orang Saudi, bukan juga milik Kuwait, bukan juga untuk orang Mesir bukan juga untuk orang-orang yang kuat beragama, bukan jua milik orang-orang Islam sahaja, Muhammad SAW, UNIVERSAL.. dan dalam hatinya ada belas kasihan, bukan hanya kepada Muslimin, tapi untuk seluruh alam. Kerana itulah Baginda sebaik-baik manusia.
Sekian dan sampai jumpa di artikel selanjutnya.
Wassalamu'alaikum.wr.wb

Monday, 27 May 2013

kata-kata hikmah

Saiful Hazard
Janganlah ➜ Menangis ➜ Bila ➜ Seseorang ➜ Tidak ➜ Balas ➜ Cinta ➜ Kita ➜ Kerana ➜ Allah ➜ Selalu ➜ Menemani ➜ Dan ➜ Mencintai ➜ HambaNya ➜ Dan ➜ Ingatlah ➜ Allah ➜ Tidak ➜ Pernah ➜ Melupakan ➜ Hambanya
  TERIMA KASIH KEPADA AIN KHAIRUDDIN! YANG TELAH MEMBERI KATA-KATA INI.

Ilmu dan Amal

Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)

ILMU DAN AMAL


Keutamaan Ilmu
Imam Ahmad mengatakan: “Menuntut ilmu dan mengajarkannya lebih utama daripada berjihad dan amalan sunnah yang lain.” Ini kerana ilmu itu adalah asas dan pokok segala urusan, bahkan ianya merupakan ibadah paling agung serta kewajipan kolektif yang paling ditekankan. Bahkan dengan ilmulah, Islam dan kaum muslimin tetap teguh."
Adapun ibadah-ibadah sunat hanya akan memberikan manfaat bagi diri pelakunya sendiri dan tidak mengenai orang lain. Ilmu itulah warisan yang ditinggalkan para Nabi dan cahaya yang akan menerangi hati. Orang yang mewarisinya adalah golongan Allah dan pembelaNya, mereka adalah orang yang paling utama di sisi Allah SWT, paling dekat denganNya, paling takut kepadaNya serta paling tinggi darjatnya. (lihat Hasyiyah Tsalatsatul Ushul, hal. 11)
Ibarat Pohon yang Tak Berbuah
Namun perlu diingat, bahawa ilmu yang dimaksudkan di sini adalah ilmu yang membuahkan amalan, itulah ilmu yang bermanfaat.
Syeikh Abdurrahman bin Qasim An Najdi rahimahullah mengatakan: “Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu dicari demi mencapai sesuatu yang lain. Fungsi ilmu ibarat sebatang pohon, sedangkan amalan seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam, seseorang harus mengiringi dengan amalan, sebab orang yang berilmu yang tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang yang bodoh."
Di dalam hadis disebutkan: “Orang yang paling keras siksanya adalah seorang berilmu dan tidak diberi manfaat oleh Allah dengan sebab ilmunya.” Orang semacam inilah yang termasuk satu di antara tiga orang yang dijadikan sebagai bahan bakar pertama untuk menyalakan api neraka.
Di dalam sebuah syair dikatakan:
Orang alim yang tidak mahu
Mengamalkan ilmunya
Mereka akan disiksa sebelum
Disiksanya para penyembah berhala. (lihat Hasyiyah Tsalatsatul Ushul, hal. 12)

Ancaman Bagi Orang yang Berilmu Tapi Tidak Beramal
Syeikh Nu’man bin Abdul Karim Al Watr mengatakan: “Di dalam al-Quran, Allah Taala sering sekali menyebutkan amal soleh beriringan dengan iman. Allah juga mencela orang-orang yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak kerjakan. Dan Allah mengkhabarkan bahawa perbuatan seperti itu sangat dimurkaiNya.”
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (QS Ash Shaff: 2~3)
Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah bin Zaid RA: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keldai yang menggerakkan penggilingan. Penghuni neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya: ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab: ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya’.”
Oleh sebab itu ilmu harus diamalkan. Solat harus ditegakkan. Zakat juga harus ditunaikan, dan sebagainya. Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak memiliki tujuan lain dalam menciptakan makhluk kecuali supaya mereka beribadah kepadaNya. Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (QS Az-Dzariyaat: 56)” (Lihat Taisirul Wushul, hal. 10)
Berilmu Tidak Beramal Menyerupai Kaum Yahudi
Syeikh Muhammad bin Soleh Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Maksud perkataan beliau (Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab): “Beramal dengannya” adalah beramal dengan perkara-perkara yang dituntut oleh ilmu ini, iaitu beriman kepada Allah, mentaatiNya dengan cara melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Beramal dengan ibadah yang khusus mahupun ibadah yang umum. Ibadah yang khusus seperti solat, puasa dan haji. Sedangkan ibadah yang umum ialah seperti beramal ma’ruf dan nahi munkar, berjihad di jalan Allah dan sebagainya.
Pada hakikatnya amal adalah buah ilmu. Barang siapa yang beramal tanpa ilmu maka dia telah menyerupai orang Nasrani. Dan barang siapa yang berilmu tapi tidak beramal maka dia telah menyerupai orang Yahudi.” (Lihat Syarhu Tsalatsatul Ushul, hal. 22)
Belum Layak Disebut Alim Jika Belum Beramal
Syeikh Abdullah bin Soleh Al Fauzan berkata: “Ilmu tidaklah dituntut melainkan supaya diamalkan. Iaitu dengan mewujudkan ilmu dalam amalan nyata, yang tampak dalam bentuk pola fikir seseorang dan perilakunya. Terdapat nas-nas syariat yang mewajibkan untuk mengikuti ilmu dengan amalan dan agar akibat dari ilmu yang dipelajari muncul pada diri orang yang menuntut ilmu. Dan terdapat ancaman yang keras terhadap orang yang tidak beramal dengan ilmunya. Dan begitu pula bagi orang yang tidak memulakan perbaikan dari dirinya sendiri sebelum memperbaiki diri orang lain. Dan dalil-dalil tentang hal itu sudah sangat terkenal dan dikenal.”
Sungguh indah ucapan Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah: “Seorang alim itu masih dianggap jahil (bodoh) apabila dia belum beramal dengan ilmunya. Apabila dia sudah mengamalkan ilmunya, maka jadilah dia seorang yang benar-benar alim.”
Ini adalah ungkapan yang sangat tepat. Kerana apabila seseorang memiliki ilmu, akan tetapi dia tidak mengamalkan ilmu tersebut maka dia tetaplah disebut jahil. Sebab tidak ada perbezaan antara keadaan dirinya dengan keadaan orang yang jahil. Apabila dia berilmu tetapi tidak mengamalkannya, maka orang yang alim itu belumlah layak disebut sebagai orang berilmu yang sesungguhnya, kecuali bila dia sudah beramal dengan ilmunya. (Hushulul Ma’mul, hal. 16)
Beramal Adalah Sarana Mempertahankan Ilmu
Syeikh Abdullah bin Soleh Al Fauzan berkata: “Kemudian perlu difahami pula bahawa sebenarnya beramal itu juga termasuk penyebab ilmu tetap ada dan bertahan. Oleh sebab itulah, dapat anda temui bahawa orang yang beramal dengan ilmunya akan mudah mengeluarkan ilmunya bila-bilapun dia mahu.”
Adapun orang yang tidak beramal dengan ilmunya, maka ilmu yang didapatkannya sangat cepat hilang. Sebahagian ulama salaf mengatakan: “Dahulu kami mencari sarana pendukung dalam rangka menghafalkan hadis dengan cara mengamalkannya.”
Selain itu, ulama lain mengatakan: “Barang siapa yang mengamalkan ilmu yang diketahuinya, niscaya Allah akan mewariskan kepadanya ilmu lain yang belum dia ketahui. Dan barang siapa yang tidak beramal dengan ilmu yang sudah diketahuinya, maka sangat dikhuatirkan Allah akan melenyapkan ilmu yang dimilikinya.”
Perkataan ini dianggap hadis oleh sebahagian orang, padahal sebenarnya itu bukan hadis. Sebab ianya hanyalah ungkapan yang disebutkan Syeikhul Islam rahimahullah. Makna dari kalimat ‘Allah akan mewariskan kepadanya ilmu yang belum dimilikinya’ adalah Allah akan menambahkan keimanan dan menyinari pandangan mata hatinya serta membukakan baginya berbagai jenis ilmu dan cabang-cabangnya.
Oleh sebab itulah kita dapati orang alim yang sentiasa beramal terus mendapatkan peningkatan dan memperoleh limpahan barakah dari Allah SWT dalam hal waktu dan ilmunya. Dalil pernyataan ini terdapat di dalam Kitabullah. Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang tetap mencari petunjuk, maka Allah SWT akan tambahkan kepada mereka petunjuk dan Allah SWT anugerahkan kepada mereka ketakwaan.” (QS Muhammad: 17)
Asy Syaukani mengatakan: “Ertinya Allah pasti akan menambahkan kepada mereka keimanan, dan ilmu serta bashirah dalam beragama. Sehingga maknanya orang-orang yang mencari hidayah dengan meniti jalan kebaikan, beriman kepada Allah, dan mengamalkan perintahNya, niscaya Allah akan tambahkan keimanan, ilmu dan bashirah dalam beragama kepada mereka”. Maka seorang muslim hendaknya mengenali urgensi mengamalkan ilmu.” (Hushulul Ma’mul, hal. 17)
Ilmu Akan Menjadi Pembela Atau Penentangmu
Syeikh Abdullah bin Soleh Al Fauzan berkata: “Dan hendaknya diingat bahawa seseorang yang tidak beramal dengan ilmunya, maka ilmunya itu kelak akan menjadi bukti yang menjatuhkannya.”
Hal ini sebagaimana terdapat dalam hadis Abu Barzah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada hari kiamat sampai dia akan ditanya tentang empat perkara, di antaranya adalah tentang ilmunya, apa yang sudah diamalkannya.”

Ini bukan hanya berlaku bagi para ulama saja, sebagaimana anggapan sebahagian orang. Akan tetapi semua orang yang mengetahui suatu perkara agama maka itu bererti telah tegak padanya hujah. Apabila seseorang memperoleh suatu pelajaran dari sebuah pengajian atau khutbah Jumaat yang di dalamnya dia mendapatkan peringatan dari suatu kemaksiatan yang dikerjakannya sehingga dia pun mengetahui bahawa kemaksiatan yang dilakukannya itu adalah haram, maka ini juga adalah ilmu.
Dan terdapat hadis yang sah dari Abu Musa Al Asy’ari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dan al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah untuk menjatuhkan dirimu.” (HR. Muslim) (Hushulul Ma’mul, hal. 18)
Hukum Bila Ilmu Tidak Diamalkan
Syeikh Soleh bin Abdul ‘Aziz Alusy Syeikh berkata: “Beramal dengan ilmu itu ada yang apabila ditinggalkan menyebabkan kekafiran, ada pula yang menyebabkan terjatuh dalam kemaksiatan, dan ada pula yang membuat dirinya terjatuh dalam perkara yang makruh, dan ada juga yang apabila ditinggalkan boleh. Lantas bagaimanakah maksudnya?
Ilmu itu terbahagi menjadi beberapa bahagian. Ilmu tentang tauhid, iaitu meyakini bahawasanya Allah SWT sajalah yang berhak disembah. Maka apabila seorang hamba mengetahui ilmu ini lalu tidak beramal dengan ilmu ini sehingga dia berbuat syirik kepada Allah SWT, maka ilmunya itu tidak akan bermanfaat baginya. Maka pada saat sebegitu bagi dirinya meninggalkan amalan menyebabkan dia kafir.
Dan kadang-kadang boleh dikategorikan maksiat iaitu misalnya apabila seseorang mengetahui bahawa arak haram diminum, dijual, dibeli, memberikan, memintanya, dan seterusnya. Kemudian dia membelakangkan ilmu yang dimilikinya padahal dia mengetahui keharamannya, tetapi dia tetap nekad melakukannya. Maka tindakannya ini dikategorikan kemaksiatan. Ertinya dia telah terjatuh dalam dosa besar.
Dalam pembahasan ini, ada pula ilmu yang apabila tidak diamalkan, dihukumi sebagai hal yang makruh. Seperti contohnya apabila seseorang mengetahui bahawa Nabi SAW melakukan solat dengan tatacara tertentu yang termasuk sunnah-sunnah solat kemudian dia tidak mengamalkannya maka ini makruh hukumnya. Kerana dia telah meninggalkan sebuah amal sunnah, bukan wajib. Sehingga hukum meninggalkannya adalah makruh saja sedangkan mengamalkannya hukumnya mustahab.
Dan kadang-kadang beramal dengan ilmu itu boleh saja begitu pula boleh meninggalkannya. Seperti perkara-perkara mubah dan adat dan semacamnya. Seperti misalnya apabila sampai kepada kita hadis bahawasanya Nabi SAW memakai pakaian dengan model tertentu, atau cara berjalan beliau adalah demikian dan demikian. Perkara-perkara ini adalah perkara manusiawi dan kebiasaan saja, sebagaimana sudah kita pelajari bahawa hal seperti ini tidak termasuk perkara yang kita diperintahkan untuk menirunya. Sehingga tidak mengerjakannya adalah mubah sebab seorang muslim memang tidak diperintahkan untuk meniru perkara-perkara semacam ini. Iaitu perkara-perkara seperti tatacara berjalan Nabi SAW, suaranya, atau hal-hal lain yang termasuk perkara manusiawi dan kebiasaan saja yang dilakukan beliau SAW. Sehingga mengamalkan hal itu mubah saja. Tetapi boleh juga diberi pahala apabila disertai niat ingin meneladani beliau. Kerana itulah maka meninggalkan amal dalam hal ini juga mubah…” (Syarh Kitab Tsalatsatul Ushul, hal. 5)
Mengamalkan Ilmu Adalah Ciri Penuntut Ilmu Sejati
Syeikh Muhammad bin Soleh Al ‘Ustaimin rahimahullah menyebutkan bahawa salah satu adab yang harus dimiliki oleh penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang dimiliki. Beliau mengatakan: “Sudah sepatutnya penuntut ilmu beramal dengan ilmunya, baik yang terkait dengan masalah aqidah, akhlak, adab mahupun muamalah, kerana sesungguhnya inilah buah ilmu dan hasil yang boleh dipetik darinya.
“Seseorang yang membawa ilmu itu seperti orang yang membawa senjata. Boleh jadi senjata itu membelanya atau berbalik mengenai dirinya. Oleh sebab itulah terdapat sebuah hadis sahih dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda: “Al-Quran adalah hujah pembelamu atau yang menjatuhkanmu.” (HR. Muslim). Al-Quran akan membelamu jika kamu beramal dengannya. Dan dia akan berubah menjadi musuhmu apabila kamu tidak mengamalkannya…” (Kitabul ‘Ilmi, hal. 32)
Mengamalkan Ilmu Adalah Ciri Da’i Sejati
Syeikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah mengatakan: “Salah satu akhlak dan sifat yang semestinya bahkan wajib dimiliki oleh da’i adalah beramal dengan isi dakwahnya. Dan hendaknya dia boleh menjadi teladan yang baik dalam perkara yang didakwahkannya. Bukan termasuk orang yang mengajak kepada sesuatu kemudian meninggalkannya. Atau melarang sesuatu tetapi kemudian dia sendiri melakukannya. Ini adalah keadaan orang-orang yang merugi, kita berlindung kepada Allah darinya.”
Adapun keadaan orang-orang yang beriman dan beruntung adalah menjadi da’i kebenaran, mereka mengamalkan ajakannya, bersemangat melakukannya, bersegera mengerjakannya serta berusaha menjauhi perkara yang dilarangnya. Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kalian mengatakan sesuatu yang kalian sendiri tidak mengerjakannya. Sungguh besar murka Allah atas perkataan kalian terhadap sesuatu yang kalian sendiri tidak kerjakan.” (QS Ash Shaff: 2~3)
Allah SWT juga berfirman dalam konteks celaan terhadap kaum Yahudi kerana mereka menyuruh orang untuk berbuat baik sementara mereka sendiri melupakan diri sendiri: “Apakah kalian menyuruh orang untuk mengerjakan kebaikan sedangkan kalian melupakan kewajiban diri kalian sendiri. Padahal kalian juga membaca Al-Kitab. Tidakkah kalian memahami.” (QS Al-Baqarah: 44) (Wujuubu Da’wah ilallaah wa Akhlaaqu Du’aat, hal. 52)
Mengamalkan Ilmu Adalah BaHAgian dari Siratul Mustaqim
Setiap kali solat kita sentiasa memohon petunjuk kepada Allah agar diberi hidayah menuju dan meniti jalan yang lurus atau siratul mustaqim. Apakah yang dimaksud siratul mustaqim?
Syeikh Abdurrahman bin Naashir As Sa’di rahimahullah berkata: “(Siratul Mustaqim) adalah jalan terang yang akan mengantarkan hamba menuju Allah dan masuk ke dalam SyurgaNya. Hakikat jalan itu adalah mengetahui kebenaran dan mengamalkannya…” (Taisir Karimir Rahman, hal. 39)
Kemudian Allah memperjelaskan hakikat siratul mustaqim ini di dalam ayat berikutnya: “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.” (QS Al-Fatihah)
Syeikh Abdurrahman bin Naashir As Sa’di rahimahullah berkata: “Shirathalladziina an’amta ‘alaihim adalah jalan para Nabi, orang-orang siddiq, para syuhada dan orang-orang soleh, ‘bukan’ jalan “orang-orang yang dimurkai” iaitu orang-orang yang telah mengetahui kebenaran akan tetapi tidak mahu mengamalkannya, seperti halnya orang Yahudi dan orang lain yang memiliki ciri seperti mereka. Bukan pula jalan ‘orang-orang yang sesat’ iaitu orang-orang yang meninggalkan kebenaran di atas kebodohan dan kesesatan, seperti halnya orang Nasrani dan orang lain yang memiliki ciri seperti mereka.” (Taisir Karimir Rahman, hal. 39)
Oleh sebab itulah kita disarankan agar selalu memohon hidayah kepada Allah SWT; baik hidayah ilmu (hidayatul irsyad) mahupun hidayah amal (hidayatu taufiq).
Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan: “Seandainya bukan kerana betapa besar keperluan hamba untuk meminta hidayah sepanjang siang dan malam, tentulah Allah tidak akan menuntunnya untuk melakukan hal itu.”
Kerana sesungguhnya seorang hamba sentiasa memerlukan bimbingan Allah SWT pada setiap saat dan keadaan supaya dia memperoleh ketegaran di atas hidayah, mengokohkan diri di dalamnya, mendapatkan pencerahan, hidayah semakin bertambah dan berterusan di dalam dirinya.
Kerana seorang hamba tidak mampu menguasai barang sedikitpun manfaat mahupun mudarat bagi dirinya sendiri, kecuali yang diinginkan Allah SWT. Sehingga Allah SWT pun membimbingnya agar meminta petunjuk pada setiap waktu, yang dengan sebab itu Allah SWT akan membentangkan pertolongan, ketegaran dan taufiq kepadanya.
Maka orang yang berbahagia adalah orang yang diberi taufiq oleh Allah Ta’ala untuk selalu meminta petunjuk, kerana Allah menjamin akan mengabulkan permintaan orang yang berdoa kepadaNya. Terlebih lagi apabila orang yang meminta sedang berada dalam keadaan tersepit dan sangat merasa perlu kepada Allah, di waktu siang mahupun malam… (Tafsir Ibnu Katsir, I/37-38)
Wallahu a’lam.