Hari ini insyaAllah saya akan membincangkan tentang fadhilat berselawat pada hari Juma'at.Perbanyakkan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah salah satu amalan utama pada hari Juma'at. Berselawat atas Nabi SAW memiliki banyak keutamaan dan Pahala yang agung. Berikut ini sebahagian Hadits yang menjelaskannya.
Dari Aus bin Abu Aus RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Seutama-utama hari tertentu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu pula Adam meninggal, pada hari itu sangkakala kehancuran dunia ditiup dan pada hari itu juga sangkalala Kebangkitan makhluk ditiup. Maka perbanyalah membaca selawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya manusia itu menyaksikan bacaan selawat tentu akan ditunjukkan kepadaku. “
Para sahabat bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami akan ditunjukkan kepada Tuan sementara jasad Tuan telah hancur?”
Dari Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat untukku.” (HR. Tirmidzi)
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
3 comments:
;)
truskan usaha dik... (^_^)
INSYAALLAH..kakak pon doakan lah adikk!! thanks
Post a Comment