Assalamu'alaikum.wr.wb
Pada hari kebangkitan, persamaan sehari di sana dengan sehari di dunia adlh sngt berbeza. Pendapat ulama' yng megatakan tentang persamaan hari di dunia dan hari di akhirat adlh khilaf.Maka saya hanya mengambil salah satu pendapat.Sehari hari ini bersamaan 50,000 tahun di sana. Manusia
menunggu giliran untuk dihisab selama 50,000 tahun sehingg akan ada yang
sanggup untuk ke Neraka kerana tidak tahan menunggu. Sehingga ada
sekumpulan manusia yang berkata “ayuhlah kita ke para nabi-nabi supaya
mereka dapat memberi kita syafaat untuk memulakan hisab”
Lalu mereka berjumpa dengan Nabi adam a.s “wahai Adam, Allah telah
menciptakan kamu dengan tangan-Nya sendiri, berilah kami syafaat” Adam
menjawab “aku dengan halku, aku telah berdosa dengan tuhanku, aku dengan
halku, pergilah kepada Nabi Nuh a.s”
Nabi Nuh as menjawab “aku dengan halku, aku telah tinggalkan kaumku dan lain lain, pergilah kepada Nabi Ibrahim as”
“wahai Ibrahim as, kau pencinta ar- Rahman, berilah syafaat kepada kami”
Nabi Ibrahim as menjawab “aku dengan halku, aku telah tipu dengan penipuan, dan dia sebutkan. Pergilah kepada Nabi Musa as”
“Wahai Musa, engkaulah Kaleem ar- Rahman, Allah swt bercakap dengan
kamu secara langsung (tanpa hijab), berilah syafaat kepada kami”
Dan Nabi Musa juga menjawab “aku dengan halku, aku telah membunuh seorang, pergilah kepada Nabi Isa as”
Maka pergilah mereka kepada Nabi Isa dan baginda menjawab “aku dengan
halku,” tapi dia tidak menyebut dosanya. “pergilah kepada Nabi Muhammad
SAW”
Maka pergilah mereka kepada Nabi Muhammad SAW dan baginda berkata
“akulah orangnya, akulah orangnya” maka dia pergi, sujud kepada Allah
SWT Selama mana Allah mahukan dia bersujud, dan Tuhan mengajarnya puji-
pujian yang tidak pernah didengari sebelum ini yakni gaya pujian kepada
Allah SWT dengan cara yang tidak pernah Rasul dengar sebelum ini. Maka
baginda puji Allah SWT dan barulah dimulakan hisab.
Maka masuklah yang ke Syurga itu ke Syurga, dan yang ke Neraka itu ke
Neraka. Dan Rasulullah masih berada dalam situasi ini Rasulullah
berkata “maka aku sujud pada Allah, selama mana dia mengkehendaki aku
bersujud” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu
Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan
disyafaatkan” Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Pada Hari Akhirat semua orang akan berkata “Aku dengan halku” kecuali
Nabi Muhammad yang berkata “ummati, ummati” Maka Allah SWT berkata
“keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya seberat
biji gandum dari iman”
Maka keluarlah berduyun-duyun manusia. Nabi Muhammad berkata,”dan aku
kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud, dan aku panjangkan lagi
sujudku” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muhammad,
dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan”
Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia
yang di dalam hatinya seberat biji sawi dari iman” Maka keluarlah
berduyun-duyun manusia. Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula
kepada Allah SWT dan aku sujud,” Dan Allah melihatnya dan berkata
“angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah
syafaat, kau akan disyafaatkan” Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia
yang di dalam hatinya sebesar atom (zarah) dari iman” Tahukah kamu
sebesar zarah? Yakni apabila kamu kasihan untuk memijak seekor semut,
maka itulah sebesar zarah. Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula
kepada Allah SWT dan aku sujud, dan aku panjangkan lagi sujudku” Dan
Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muahammad, dan
mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Pada
kali keempat ini, Baginda berkata,”Ya Allah, izinkan aku (keluarkan)
sesiapa yang pernah sebut La Ila Ha Illallah, walaupun dia bukan dari
umatku, tapi telah Esa kan kau, walaupun tidak pernah menyebut Lailah
haillallah Muhammadar Rasulullah, hanya mengESAkan engkau sahaja”
Maka Allah SWT berkat “dengan KEMULIAANKU, dan KEAGUNGANKU, dan
KEBESARANKU, akanku keluarkan dari neraka barangsiapa yang menyebut La
Ila Ha Illallah”
Nabi Muhammad SAW bukannya milik orang Riyadh, bukannya milik orang
Jeddah, bukannya milik orang Saudi, bukan juga milik Kuwait, bukan juga
untuk orang Mesir bukan juga untuk orang-orang yang kuat beragama, bukan
jua milik orang-orang Islam sahaja, Muhammad SAW, UNIVERSAL.. dan dalam
hatinya ada belas kasihan, bukan hanya kepada Muslimin, tapi untuk
seluruh alam. Kerana itulah Baginda sebaik-baik manusia.
Sekian dan sampai jumpa di artikel selanjutnya.
Wassalamu'alaikum.wr.wb
No comments:
Post a Comment