Tuesday, 28 May 2013

HUKUM PEREMPUAN MEMAKAI SELUAR DAN BAJU BERWARNA-WARNI

Assalamualaikum,
Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan hukum ini mari kita lihat sebuah hadis nabi S.A.W. yang menyebut:

(( المرأة عورة ، وإنها إذا خرجت من بيتها استشرفها الشيطان))
رواه الطبراني في الاوسط عن ابن عمر بإسناد صحيح ، ورواه ابن خزيمة في صحيحه أيضا

Maksudnya : Perempuan adalah aurat, dan sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya syaitan akan sentiasa memerhati dan mengekorinya.

Hadis soheh ini jelas menyebut bahawa perempuan adalah aurat. Tapi harus difahami bahawa bukan semua keadaan perempuan itu aurat.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mengangkat suara di hadapan bukan mahramnya.

Perempuan menjadi aurat jika tabarruj yakni berhias sehingga menarik perhatian orang ramai walaupun menutup aurat dengan sempurna.

Perempuan menjadi aurat jika berwangi-wangian di luar rumahnya.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mendedahkan auratnya.
Dan perempuan menjadi aurat jika memakai pakaian yang tidak syari`e.

Islam melarang wanita memakai seluar samada ketat atau longgar tanpa pakaian labuh hingga ke kaki seperti jubah dan yang seumpamanya kerana beberapa perkara :

1- Kerana menyerupai lelaki.
Sabda nabi S.A.W :

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال)) رواه البخاري

Maksudnya: Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.




الكبرى : إسناده صحيح ، وهو من حديث أبي هريرة رضي الله عنه



Maksudnya: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.

Oleh kerana asal seluar adalah pakaian lelaki dan dipakai oleh semua lelaki maka tidak diharuskan bagi perempuan untuk memakainya.

2- Seluar membentuk anggota wanita. Dan setiap pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan wanita adalah haram dipakai di hadapan bukan mahram.

Sabda Nabi S.A.W :
عن أبي هريرة رضي الله عنه (( صنفان من أهل النار لم أرهما بعد : قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات ، مميلات مائلات ، رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا)) رواه أحمد ومسلم.

Maksudnya: Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh.

3- Meniru gaya wanita-wanita bukan islam.

Sabda Nabi S.A.W :

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :(( من تشبه بقوم فليس منهم )) رواه أبو داود

Dalam penegasan dalil-dalil yang dinyatakan di atas kita mengulangi bahawa boleh bagi wanita memakai seluar tetapi dengan syarat-syaratnya.

1- Jika dipakai dengan pakaian yang labuh dan longgar.
2- Jika dipakai di hadapan mahram.
3- Kerana darurat seperti dalam keadaan perang atau bencana untuk mudah lari dan menyelamatkan diri.


Pemakaian baju yang berwarna pula tidak ada hukum yang tetap berkenaan dengannya. Tetapi islam telah menggariskan dan meletakkan satu kaedah, iaitu sekiranya pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahram seperti terlalu terang warnanya atau corak-corak yang keterlaluan atau berenda-renda atau labuci-labuci yang berselirat dan bergemerlipan maka hukumnya tidak boleh. Dan hukum ini juga kembali kepada adat sesuatu tempat tersebut. Satu contoh saya berikan. Kalau perempuan di Malaysia kebanyakannya atau hampir kesemuanya memakai baju kurung berwarna warni sehingga pemakaian itu menjadi biasa. Tapi jika dipakai di Negara lain (Negara Arab khususnya) ia adalah sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan orang, maka ia tidak digalakkan (kalau boleh elak lebih baik).

والله أعلم
Sumber : Sebahagian dari Fatwa Sheikh Muhammad Asy-Syanqithi dan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.

1 comment:

Anonymous said...

PERKONGSIAN YNG BGUSS!! :)