Thursday, 30 May 2013

Pebanyakkan berselawat pada Hari Juma'at

Assalamualaikum w.b.t 
Hari ini insyaAllah saya akan membincangkan tentang fadhilat berselawat pada hari Juma'at.Perbanyakkan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah salah satu amalan utama pada hari Juma'at. Berselawat atas Nabi SAW memiliki banyak keutamaan dan Pahala yang agung. Berikut ini sebahagian Hadits yang menjelaskannya.

 Dari Aus bin Abu Aus RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Seutama-utama hari tertentu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu pula Adam meninggal, pada hari itu sangkakala kehancuran dunia ditiup dan pada hari itu juga sangkalala Kebangkitan makhluk ditiup. Maka perbanyalah membaca selawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya manusia itu menyaksikan bacaan selawat tentu akan ditunjukkan kepadaku. “

 Para sahabat bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami akan ditunjukkan kepada Tuan sementara jasad Tuan telah hancur?”

 Dari Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat untukku.” (HR. Tirmidzi)


Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Hanya ini sahaja yang saya dapat sampaikan. :D moga2 bleh dijadikan panduan hidup dan disampaikan ke seluruh dunia! Sebelum itu marilah kita sama mendengar kepada alunan qasidah yng disampaikan oleh Habib syech as-seggaf!! shollu alaihh!!

Wednesday, 29 May 2013

Imam Syafie' last word

Got to know of this poem recently. And I fell in love with it.


Imam Shafi`i on his death-bed was asked by Al Muzni "What is your condition?"

Then Imam Shafi' (رحمه الله) replied,

"I am journeying from this world, and departing from my brothers, drinking from the cup of death, and upon Allah, Exalted is His remembrance, arriving. And no! By Allah, I do not know if my soul is travelling towards Paradise or the Fire!"

Imam Shafi' (رحمه الله) then began to cry profusely and recited the following;

Pesanan Imam Syafie' dlm ILMU

Kalau mahukan ILMU kita hendaklah mempunyai KECERDIKAN,KESUNGGUHAN,TAMAK(dahaga ilmu) dan BELAJAR.

Kata-kata ini saya ambil drpd tausiyah yng disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abiddin ketika di UIA Kuantan 2013.. Ditujukan kepada rakan2 seperjuangan.

PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.....:-)


Habib 'Umar telah menyampaikan nasihat yang amat berguna kepada kita semua semasa kehadirannya yng lalu di Negara Malaysia,bersama2lah kita merenungkan apa yang disampaikan oleh Pendakwah ke Jalan Allah dan Rasul saw ini:

"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.
Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu. Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?"

"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.. Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w."

Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau,
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
..
DENGARLAH WAHAI SAUDARAKU,NASIHAT HABIB UMAR BIN HAFIDZ YANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA DAN ADA PERKAITANNYA DENGAN KITA SEMUA TERUTAMANYA DI MALAYSIA.....:-)

Habib Umar berkata:"Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan gundah; biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok.

Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat.

Tenanglah dengan keputusan Allah Subhanahu wa Ta'ala, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu."
...
 
 
Berkata Syeikh Muhammad Rohimuddin Nawawi al-Bentani:"Carilah perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada cinta Allah dan Rasul Sollahu 'Alaihi Wa Sallam. Hindarilah perhimpuan-perhimpunan yang membawa kepada perpecahan umat. Kata2 yang sama juga diucapkan oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki..:-)

Pesanan Al-Habib Ali Al-Jufri





بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

Pesanan Al-Habib Ali Al-Jufri buat kita semua teman ^_^

"Apa jua masalah yang berlaku pada diri kita, maka lihatlah pada dalam diri kamu. Kerana di situlah punca kepada setiap permasalahan yang berlaku di luar. Lihatlah hati kamu, dan selidikilah ia. adakah ia bermasalah atau sebaliknya."

Habib menyebut firman Allah: Dan berjayalah bagi mereka yang mensucikan diri. Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Sekiranya kita mengetahui apa hikmah yang terkandung dalam setiap kebaikan, maka kita akan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan tersebut.

Orang yang mensucikan diri mereka, kemudian menambahkan nilai kesucian tersebut dengan menyumbang dan mberi manfaat kepada orang lain, maka orang itulah manusia yang dikehendaki oleh Allah.

Kenalilah dirimu, nescaya akan kenal dirimu kepada Allah.

Dengan mengenal diri sendiri, kita kenal kita adalah kerdil dan Allah Maha Besar. Kita akan kenal kita adalah fakir hina dan Allah maha Kaya lagi maha Mulia.

Mengenal diri sendiri akan menghilangkan rasa ujub, riya', bangga diri dalam hati, membuang keakuan pada diri.

Tanamkan rasa mahabbah juga boleh dilatih dengan mengenal nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat yang dikurniakan boleh sahaja dicabut bila-bila masa disebabkan banyaknya maksiat yang kita lakukan.

Namun, maha pengasih Allah terhadap hamba-Nya, ditangguhkan balasan tesebut bagi memberi ruang untuk kembali bertaubat. Maka, syukurilah dan hayatilah setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Hendaklah anda (sebagai penuntut ilmu) mahirkan diri dan bijak dengan bidang yang ada ceburi.

Anda di kemudian hari akan berjaya menjadi jurutera yang mensucikan hati, peguam yang mensucikan hati, doktor yang mensucikan hati, apa jua kerjaya yang kalian hajati akan dikira berjaya apabila anda mensucikan hati (tazkiyatun nafs).

Pada masa itu, Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Tuesday, 28 May 2013

HUKUM PEREMPUAN MEMAKAI SELUAR DAN BAJU BERWARNA-WARNI

Assalamualaikum,
Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan hukum ini mari kita lihat sebuah hadis nabi S.A.W. yang menyebut:

(( المرأة عورة ، وإنها إذا خرجت من بيتها استشرفها الشيطان))
رواه الطبراني في الاوسط عن ابن عمر بإسناد صحيح ، ورواه ابن خزيمة في صحيحه أيضا

Maksudnya : Perempuan adalah aurat, dan sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya syaitan akan sentiasa memerhati dan mengekorinya.

Hadis soheh ini jelas menyebut bahawa perempuan adalah aurat. Tapi harus difahami bahawa bukan semua keadaan perempuan itu aurat.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mengangkat suara di hadapan bukan mahramnya.

Perempuan menjadi aurat jika tabarruj yakni berhias sehingga menarik perhatian orang ramai walaupun menutup aurat dengan sempurna.

Perempuan menjadi aurat jika berwangi-wangian di luar rumahnya.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mendedahkan auratnya.
Dan perempuan menjadi aurat jika memakai pakaian yang tidak syari`e.

Islam melarang wanita memakai seluar samada ketat atau longgar tanpa pakaian labuh hingga ke kaki seperti jubah dan yang seumpamanya kerana beberapa perkara :

1- Kerana menyerupai lelaki.
Sabda nabi S.A.W :

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال)) رواه البخاري

Maksudnya: Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.




الكبرى : إسناده صحيح ، وهو من حديث أبي هريرة رضي الله عنه



Maksudnya: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.

Oleh kerana asal seluar adalah pakaian lelaki dan dipakai oleh semua lelaki maka tidak diharuskan bagi perempuan untuk memakainya.

2- Seluar membentuk anggota wanita. Dan setiap pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan wanita adalah haram dipakai di hadapan bukan mahram.

Sabda Nabi S.A.W :
عن أبي هريرة رضي الله عنه (( صنفان من أهل النار لم أرهما بعد : قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات ، مميلات مائلات ، رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا)) رواه أحمد ومسلم.

Maksudnya: Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh.

3- Meniru gaya wanita-wanita bukan islam.

Sabda Nabi S.A.W :

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :(( من تشبه بقوم فليس منهم )) رواه أبو داود

Dalam penegasan dalil-dalil yang dinyatakan di atas kita mengulangi bahawa boleh bagi wanita memakai seluar tetapi dengan syarat-syaratnya.

1- Jika dipakai dengan pakaian yang labuh dan longgar.
2- Jika dipakai di hadapan mahram.
3- Kerana darurat seperti dalam keadaan perang atau bencana untuk mudah lari dan menyelamatkan diri.


Pemakaian baju yang berwarna pula tidak ada hukum yang tetap berkenaan dengannya. Tetapi islam telah menggariskan dan meletakkan satu kaedah, iaitu sekiranya pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahram seperti terlalu terang warnanya atau corak-corak yang keterlaluan atau berenda-renda atau labuci-labuci yang berselirat dan bergemerlipan maka hukumnya tidak boleh. Dan hukum ini juga kembali kepada adat sesuatu tempat tersebut. Satu contoh saya berikan. Kalau perempuan di Malaysia kebanyakannya atau hampir kesemuanya memakai baju kurung berwarna warni sehingga pemakaian itu menjadi biasa. Tapi jika dipakai di Negara lain (Negara Arab khususnya) ia adalah sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan orang, maka ia tidak digalakkan (kalau boleh elak lebih baik).

والله أعلم
Sumber : Sebahagian dari Fatwa Sheikh Muhammad Asy-Syanqithi dan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.

Antara syafa'at Nabi Muhammad saw di Hari Kiamat

Assalamu'alaikum.wr.wb
Pada hari kebangkitan, persamaan sehari di sana dengan sehari di dunia adlh sngt berbeza. Pendapat ulama' yng megatakan tentang persamaan hari di dunia dan hari di akhirat adlh khilaf.Maka saya hanya mengambil salah satu pendapat.Sehari hari ini bersamaan 50,000 tahun di sana. Manusia menunggu giliran untuk dihisab selama 50,000 tahun sehingg akan ada yang sanggup untuk ke Neraka kerana tidak tahan menunggu. Sehingga ada sekumpulan manusia yang berkata “ayuhlah kita ke para nabi-nabi supaya mereka dapat memberi kita syafaat untuk memulakan hisab”
Lalu mereka berjumpa dengan Nabi adam a.s “wahai Adam, Allah telah menciptakan kamu dengan tangan-Nya sendiri, berilah kami syafaat” Adam menjawab “aku dengan halku, aku telah berdosa dengan tuhanku, aku dengan halku, pergilah kepada Nabi Nuh a.s”
Nabi Nuh as menjawab “aku dengan halku, aku telah tinggalkan kaumku dan lain lain, pergilah kepada Nabi Ibrahim as”
“wahai Ibrahim as, kau pencinta ar- Rahman, berilah syafaat kepada kami”
Nabi Ibrahim as menjawab “aku dengan halku, aku telah tipu dengan penipuan, dan dia sebutkan. Pergilah kepada Nabi Musa as”
“Wahai Musa, engkaulah Kaleem ar- Rahman, Allah swt bercakap dengan kamu secara langsung (tanpa hijab), berilah syafaat kepada kami”
Dan Nabi Musa juga menjawab “aku dengan halku, aku telah membunuh seorang, pergilah kepada Nabi Isa as”
Maka pergilah mereka kepada Nabi Isa dan baginda menjawab “aku dengan halku,” tapi dia tidak menyebut dosanya. “pergilah kepada Nabi Muhammad SAW”
Maka pergilah mereka kepada Nabi Muhammad SAW dan baginda berkata “akulah orangnya, akulah orangnya” maka dia pergi, sujud kepada Allah SWT Selama mana Allah mahukan dia bersujud, dan Tuhan mengajarnya puji- pujian yang tidak pernah didengari sebelum ini yakni gaya pujian kepada Allah SWT dengan cara yang tidak pernah Rasul dengar sebelum ini. Maka baginda puji Allah SWT dan barulah dimulakan hisab.
Maka masuklah yang ke Syurga itu ke Syurga, dan yang ke Neraka itu ke Neraka. Dan Rasulullah masih berada dalam situasi ini Rasulullah berkata “maka aku sujud pada Allah, selama mana dia mengkehendaki aku bersujud” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Pada Hari Akhirat semua orang akan berkata “Aku dengan halku” kecuali Nabi Muhammad yang berkata “ummati, ummati” Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya seberat biji gandum dari iman”
Maka keluarlah berduyun-duyun manusia. Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud, dan aku panjangkan lagi sujudku” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muhammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya seberat biji sawi dari iman” Maka keluarlah berduyun-duyun manusia. Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud,” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”
Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya sebesar atom (zarah) dari iman” Tahukah kamu sebesar zarah? Yakni apabila kamu kasihan untuk memijak seekor semut, maka itulah sebesar zarah. Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud, dan aku panjangkan lagi sujudku” Dan Allah melihatnya dan berkata “angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan” Pada kali keempat ini, Baginda berkata,”Ya Allah, izinkan aku (keluarkan) sesiapa yang pernah sebut La Ila Ha Illallah, walaupun dia bukan dari umatku, tapi telah Esa kan kau, walaupun tidak pernah menyebut Lailah haillallah Muhammadar Rasulullah, hanya mengESAkan engkau sahaja”
Maka Allah SWT berkat “dengan KEMULIAANKU, dan KEAGUNGANKU, dan KEBESARANKU, akanku keluarkan dari neraka barangsiapa yang menyebut La Ila Ha Illallah”
Nabi Muhammad SAW bukannya milik orang Riyadh, bukannya milik orang Jeddah, bukannya milik orang Saudi, bukan juga milik Kuwait, bukan juga untuk orang Mesir bukan juga untuk orang-orang yang kuat beragama, bukan jua milik orang-orang Islam sahaja, Muhammad SAW, UNIVERSAL.. dan dalam hatinya ada belas kasihan, bukan hanya kepada Muslimin, tapi untuk seluruh alam. Kerana itulah Baginda sebaik-baik manusia.
Sekian dan sampai jumpa di artikel selanjutnya.
Wassalamu'alaikum.wr.wb

Monday, 27 May 2013

kata-kata hikmah

Saiful Hazard
Janganlah ➜ Menangis ➜ Bila ➜ Seseorang ➜ Tidak ➜ Balas ➜ Cinta ➜ Kita ➜ Kerana ➜ Allah ➜ Selalu ➜ Menemani ➜ Dan ➜ Mencintai ➜ HambaNya ➜ Dan ➜ Ingatlah ➜ Allah ➜ Tidak ➜ Pernah ➜ Melupakan ➜ Hambanya
  TERIMA KASIH KEPADA AIN KHAIRUDDIN! YANG TELAH MEMBERI KATA-KATA INI.

Ilmu dan Amal

Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)

ILMU DAN AMAL


Keutamaan Ilmu
Imam Ahmad mengatakan: “Menuntut ilmu dan mengajarkannya lebih utama daripada berjihad dan amalan sunnah yang lain.” Ini kerana ilmu itu adalah asas dan pokok segala urusan, bahkan ianya merupakan ibadah paling agung serta kewajipan kolektif yang paling ditekankan. Bahkan dengan ilmulah, Islam dan kaum muslimin tetap teguh."
Adapun ibadah-ibadah sunat hanya akan memberikan manfaat bagi diri pelakunya sendiri dan tidak mengenai orang lain. Ilmu itulah warisan yang ditinggalkan para Nabi dan cahaya yang akan menerangi hati. Orang yang mewarisinya adalah golongan Allah dan pembelaNya, mereka adalah orang yang paling utama di sisi Allah SWT, paling dekat denganNya, paling takut kepadaNya serta paling tinggi darjatnya. (lihat Hasyiyah Tsalatsatul Ushul, hal. 11)
Ibarat Pohon yang Tak Berbuah
Namun perlu diingat, bahawa ilmu yang dimaksudkan di sini adalah ilmu yang membuahkan amalan, itulah ilmu yang bermanfaat.
Syeikh Abdurrahman bin Qasim An Najdi rahimahullah mengatakan: “Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu dicari demi mencapai sesuatu yang lain. Fungsi ilmu ibarat sebatang pohon, sedangkan amalan seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam, seseorang harus mengiringi dengan amalan, sebab orang yang berilmu yang tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang yang bodoh."
Di dalam hadis disebutkan: “Orang yang paling keras siksanya adalah seorang berilmu dan tidak diberi manfaat oleh Allah dengan sebab ilmunya.” Orang semacam inilah yang termasuk satu di antara tiga orang yang dijadikan sebagai bahan bakar pertama untuk menyalakan api neraka.
Di dalam sebuah syair dikatakan:
Orang alim yang tidak mahu
Mengamalkan ilmunya
Mereka akan disiksa sebelum
Disiksanya para penyembah berhala. (lihat Hasyiyah Tsalatsatul Ushul, hal. 12)

Ancaman Bagi Orang yang Berilmu Tapi Tidak Beramal
Syeikh Nu’man bin Abdul Karim Al Watr mengatakan: “Di dalam al-Quran, Allah Taala sering sekali menyebutkan amal soleh beriringan dengan iman. Allah juga mencela orang-orang yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak kerjakan. Dan Allah mengkhabarkan bahawa perbuatan seperti itu sangat dimurkaiNya.”
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (QS Ash Shaff: 2~3)
Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah bin Zaid RA: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keldai yang menggerakkan penggilingan. Penghuni neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya: ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab: ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya’.”
Oleh sebab itu ilmu harus diamalkan. Solat harus ditegakkan. Zakat juga harus ditunaikan, dan sebagainya. Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak memiliki tujuan lain dalam menciptakan makhluk kecuali supaya mereka beribadah kepadaNya. Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (QS Az-Dzariyaat: 56)” (Lihat Taisirul Wushul, hal. 10)
Berilmu Tidak Beramal Menyerupai Kaum Yahudi
Syeikh Muhammad bin Soleh Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Maksud perkataan beliau (Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab): “Beramal dengannya” adalah beramal dengan perkara-perkara yang dituntut oleh ilmu ini, iaitu beriman kepada Allah, mentaatiNya dengan cara melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Beramal dengan ibadah yang khusus mahupun ibadah yang umum. Ibadah yang khusus seperti solat, puasa dan haji. Sedangkan ibadah yang umum ialah seperti beramal ma’ruf dan nahi munkar, berjihad di jalan Allah dan sebagainya.
Pada hakikatnya amal adalah buah ilmu. Barang siapa yang beramal tanpa ilmu maka dia telah menyerupai orang Nasrani. Dan barang siapa yang berilmu tapi tidak beramal maka dia telah menyerupai orang Yahudi.” (Lihat Syarhu Tsalatsatul Ushul, hal. 22)
Belum Layak Disebut Alim Jika Belum Beramal
Syeikh Abdullah bin Soleh Al Fauzan berkata: “Ilmu tidaklah dituntut melainkan supaya diamalkan. Iaitu dengan mewujudkan ilmu dalam amalan nyata, yang tampak dalam bentuk pola fikir seseorang dan perilakunya. Terdapat nas-nas syariat yang mewajibkan untuk mengikuti ilmu dengan amalan dan agar akibat dari ilmu yang dipelajari muncul pada diri orang yang menuntut ilmu. Dan terdapat ancaman yang keras terhadap orang yang tidak beramal dengan ilmunya. Dan begitu pula bagi orang yang tidak memulakan perbaikan dari dirinya sendiri sebelum memperbaiki diri orang lain. Dan dalil-dalil tentang hal itu sudah sangat terkenal dan dikenal.”
Sungguh indah ucapan Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah: “Seorang alim itu masih dianggap jahil (bodoh) apabila dia belum beramal dengan ilmunya. Apabila dia sudah mengamalkan ilmunya, maka jadilah dia seorang yang benar-benar alim.”
Ini adalah ungkapan yang sangat tepat. Kerana apabila seseorang memiliki ilmu, akan tetapi dia tidak mengamalkan ilmu tersebut maka dia tetaplah disebut jahil. Sebab tidak ada perbezaan antara keadaan dirinya dengan keadaan orang yang jahil. Apabila dia berilmu tetapi tidak mengamalkannya, maka orang yang alim itu belumlah layak disebut sebagai orang berilmu yang sesungguhnya, kecuali bila dia sudah beramal dengan ilmunya. (Hushulul Ma’mul, hal. 16)
Beramal Adalah Sarana Mempertahankan Ilmu
Syeikh Abdullah bin Soleh Al Fauzan berkata: “Kemudian perlu difahami pula bahawa sebenarnya beramal itu juga termasuk penyebab ilmu tetap ada dan bertahan. Oleh sebab itulah, dapat anda temui bahawa orang yang beramal dengan ilmunya akan mudah mengeluarkan ilmunya bila-bilapun dia mahu.”
Adapun orang yang tidak beramal dengan ilmunya, maka ilmu yang didapatkannya sangat cepat hilang. Sebahagian ulama salaf mengatakan: “Dahulu kami mencari sarana pendukung dalam rangka menghafalkan hadis dengan cara mengamalkannya.”
Selain itu, ulama lain mengatakan: “Barang siapa yang mengamalkan ilmu yang diketahuinya, niscaya Allah akan mewariskan kepadanya ilmu lain yang belum dia ketahui. Dan barang siapa yang tidak beramal dengan ilmu yang sudah diketahuinya, maka sangat dikhuatirkan Allah akan melenyapkan ilmu yang dimilikinya.”
Perkataan ini dianggap hadis oleh sebahagian orang, padahal sebenarnya itu bukan hadis. Sebab ianya hanyalah ungkapan yang disebutkan Syeikhul Islam rahimahullah. Makna dari kalimat ‘Allah akan mewariskan kepadanya ilmu yang belum dimilikinya’ adalah Allah akan menambahkan keimanan dan menyinari pandangan mata hatinya serta membukakan baginya berbagai jenis ilmu dan cabang-cabangnya.
Oleh sebab itulah kita dapati orang alim yang sentiasa beramal terus mendapatkan peningkatan dan memperoleh limpahan barakah dari Allah SWT dalam hal waktu dan ilmunya. Dalil pernyataan ini terdapat di dalam Kitabullah. Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang tetap mencari petunjuk, maka Allah SWT akan tambahkan kepada mereka petunjuk dan Allah SWT anugerahkan kepada mereka ketakwaan.” (QS Muhammad: 17)
Asy Syaukani mengatakan: “Ertinya Allah pasti akan menambahkan kepada mereka keimanan, dan ilmu serta bashirah dalam beragama. Sehingga maknanya orang-orang yang mencari hidayah dengan meniti jalan kebaikan, beriman kepada Allah, dan mengamalkan perintahNya, niscaya Allah akan tambahkan keimanan, ilmu dan bashirah dalam beragama kepada mereka”. Maka seorang muslim hendaknya mengenali urgensi mengamalkan ilmu.” (Hushulul Ma’mul, hal. 17)
Ilmu Akan Menjadi Pembela Atau Penentangmu
Syeikh Abdullah bin Soleh Al Fauzan berkata: “Dan hendaknya diingat bahawa seseorang yang tidak beramal dengan ilmunya, maka ilmunya itu kelak akan menjadi bukti yang menjatuhkannya.”
Hal ini sebagaimana terdapat dalam hadis Abu Barzah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada hari kiamat sampai dia akan ditanya tentang empat perkara, di antaranya adalah tentang ilmunya, apa yang sudah diamalkannya.”

Ini bukan hanya berlaku bagi para ulama saja, sebagaimana anggapan sebahagian orang. Akan tetapi semua orang yang mengetahui suatu perkara agama maka itu bererti telah tegak padanya hujah. Apabila seseorang memperoleh suatu pelajaran dari sebuah pengajian atau khutbah Jumaat yang di dalamnya dia mendapatkan peringatan dari suatu kemaksiatan yang dikerjakannya sehingga dia pun mengetahui bahawa kemaksiatan yang dilakukannya itu adalah haram, maka ini juga adalah ilmu.
Dan terdapat hadis yang sah dari Abu Musa Al Asy’ari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dan al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah untuk menjatuhkan dirimu.” (HR. Muslim) (Hushulul Ma’mul, hal. 18)
Hukum Bila Ilmu Tidak Diamalkan
Syeikh Soleh bin Abdul ‘Aziz Alusy Syeikh berkata: “Beramal dengan ilmu itu ada yang apabila ditinggalkan menyebabkan kekafiran, ada pula yang menyebabkan terjatuh dalam kemaksiatan, dan ada pula yang membuat dirinya terjatuh dalam perkara yang makruh, dan ada juga yang apabila ditinggalkan boleh. Lantas bagaimanakah maksudnya?
Ilmu itu terbahagi menjadi beberapa bahagian. Ilmu tentang tauhid, iaitu meyakini bahawasanya Allah SWT sajalah yang berhak disembah. Maka apabila seorang hamba mengetahui ilmu ini lalu tidak beramal dengan ilmu ini sehingga dia berbuat syirik kepada Allah SWT, maka ilmunya itu tidak akan bermanfaat baginya. Maka pada saat sebegitu bagi dirinya meninggalkan amalan menyebabkan dia kafir.
Dan kadang-kadang boleh dikategorikan maksiat iaitu misalnya apabila seseorang mengetahui bahawa arak haram diminum, dijual, dibeli, memberikan, memintanya, dan seterusnya. Kemudian dia membelakangkan ilmu yang dimilikinya padahal dia mengetahui keharamannya, tetapi dia tetap nekad melakukannya. Maka tindakannya ini dikategorikan kemaksiatan. Ertinya dia telah terjatuh dalam dosa besar.
Dalam pembahasan ini, ada pula ilmu yang apabila tidak diamalkan, dihukumi sebagai hal yang makruh. Seperti contohnya apabila seseorang mengetahui bahawa Nabi SAW melakukan solat dengan tatacara tertentu yang termasuk sunnah-sunnah solat kemudian dia tidak mengamalkannya maka ini makruh hukumnya. Kerana dia telah meninggalkan sebuah amal sunnah, bukan wajib. Sehingga hukum meninggalkannya adalah makruh saja sedangkan mengamalkannya hukumnya mustahab.
Dan kadang-kadang beramal dengan ilmu itu boleh saja begitu pula boleh meninggalkannya. Seperti perkara-perkara mubah dan adat dan semacamnya. Seperti misalnya apabila sampai kepada kita hadis bahawasanya Nabi SAW memakai pakaian dengan model tertentu, atau cara berjalan beliau adalah demikian dan demikian. Perkara-perkara ini adalah perkara manusiawi dan kebiasaan saja, sebagaimana sudah kita pelajari bahawa hal seperti ini tidak termasuk perkara yang kita diperintahkan untuk menirunya. Sehingga tidak mengerjakannya adalah mubah sebab seorang muslim memang tidak diperintahkan untuk meniru perkara-perkara semacam ini. Iaitu perkara-perkara seperti tatacara berjalan Nabi SAW, suaranya, atau hal-hal lain yang termasuk perkara manusiawi dan kebiasaan saja yang dilakukan beliau SAW. Sehingga mengamalkan hal itu mubah saja. Tetapi boleh juga diberi pahala apabila disertai niat ingin meneladani beliau. Kerana itulah maka meninggalkan amal dalam hal ini juga mubah…” (Syarh Kitab Tsalatsatul Ushul, hal. 5)
Mengamalkan Ilmu Adalah Ciri Penuntut Ilmu Sejati
Syeikh Muhammad bin Soleh Al ‘Ustaimin rahimahullah menyebutkan bahawa salah satu adab yang harus dimiliki oleh penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang dimiliki. Beliau mengatakan: “Sudah sepatutnya penuntut ilmu beramal dengan ilmunya, baik yang terkait dengan masalah aqidah, akhlak, adab mahupun muamalah, kerana sesungguhnya inilah buah ilmu dan hasil yang boleh dipetik darinya.
“Seseorang yang membawa ilmu itu seperti orang yang membawa senjata. Boleh jadi senjata itu membelanya atau berbalik mengenai dirinya. Oleh sebab itulah terdapat sebuah hadis sahih dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda: “Al-Quran adalah hujah pembelamu atau yang menjatuhkanmu.” (HR. Muslim). Al-Quran akan membelamu jika kamu beramal dengannya. Dan dia akan berubah menjadi musuhmu apabila kamu tidak mengamalkannya…” (Kitabul ‘Ilmi, hal. 32)
Mengamalkan Ilmu Adalah Ciri Da’i Sejati
Syeikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah mengatakan: “Salah satu akhlak dan sifat yang semestinya bahkan wajib dimiliki oleh da’i adalah beramal dengan isi dakwahnya. Dan hendaknya dia boleh menjadi teladan yang baik dalam perkara yang didakwahkannya. Bukan termasuk orang yang mengajak kepada sesuatu kemudian meninggalkannya. Atau melarang sesuatu tetapi kemudian dia sendiri melakukannya. Ini adalah keadaan orang-orang yang merugi, kita berlindung kepada Allah darinya.”
Adapun keadaan orang-orang yang beriman dan beruntung adalah menjadi da’i kebenaran, mereka mengamalkan ajakannya, bersemangat melakukannya, bersegera mengerjakannya serta berusaha menjauhi perkara yang dilarangnya. Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kalian mengatakan sesuatu yang kalian sendiri tidak mengerjakannya. Sungguh besar murka Allah atas perkataan kalian terhadap sesuatu yang kalian sendiri tidak kerjakan.” (QS Ash Shaff: 2~3)
Allah SWT juga berfirman dalam konteks celaan terhadap kaum Yahudi kerana mereka menyuruh orang untuk berbuat baik sementara mereka sendiri melupakan diri sendiri: “Apakah kalian menyuruh orang untuk mengerjakan kebaikan sedangkan kalian melupakan kewajiban diri kalian sendiri. Padahal kalian juga membaca Al-Kitab. Tidakkah kalian memahami.” (QS Al-Baqarah: 44) (Wujuubu Da’wah ilallaah wa Akhlaaqu Du’aat, hal. 52)
Mengamalkan Ilmu Adalah BaHAgian dari Siratul Mustaqim
Setiap kali solat kita sentiasa memohon petunjuk kepada Allah agar diberi hidayah menuju dan meniti jalan yang lurus atau siratul mustaqim. Apakah yang dimaksud siratul mustaqim?
Syeikh Abdurrahman bin Naashir As Sa’di rahimahullah berkata: “(Siratul Mustaqim) adalah jalan terang yang akan mengantarkan hamba menuju Allah dan masuk ke dalam SyurgaNya. Hakikat jalan itu adalah mengetahui kebenaran dan mengamalkannya…” (Taisir Karimir Rahman, hal. 39)
Kemudian Allah memperjelaskan hakikat siratul mustaqim ini di dalam ayat berikutnya: “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.” (QS Al-Fatihah)
Syeikh Abdurrahman bin Naashir As Sa’di rahimahullah berkata: “Shirathalladziina an’amta ‘alaihim adalah jalan para Nabi, orang-orang siddiq, para syuhada dan orang-orang soleh, ‘bukan’ jalan “orang-orang yang dimurkai” iaitu orang-orang yang telah mengetahui kebenaran akan tetapi tidak mahu mengamalkannya, seperti halnya orang Yahudi dan orang lain yang memiliki ciri seperti mereka. Bukan pula jalan ‘orang-orang yang sesat’ iaitu orang-orang yang meninggalkan kebenaran di atas kebodohan dan kesesatan, seperti halnya orang Nasrani dan orang lain yang memiliki ciri seperti mereka.” (Taisir Karimir Rahman, hal. 39)
Oleh sebab itulah kita disarankan agar selalu memohon hidayah kepada Allah SWT; baik hidayah ilmu (hidayatul irsyad) mahupun hidayah amal (hidayatu taufiq).
Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan: “Seandainya bukan kerana betapa besar keperluan hamba untuk meminta hidayah sepanjang siang dan malam, tentulah Allah tidak akan menuntunnya untuk melakukan hal itu.”
Kerana sesungguhnya seorang hamba sentiasa memerlukan bimbingan Allah SWT pada setiap saat dan keadaan supaya dia memperoleh ketegaran di atas hidayah, mengokohkan diri di dalamnya, mendapatkan pencerahan, hidayah semakin bertambah dan berterusan di dalam dirinya.
Kerana seorang hamba tidak mampu menguasai barang sedikitpun manfaat mahupun mudarat bagi dirinya sendiri, kecuali yang diinginkan Allah SWT. Sehingga Allah SWT pun membimbingnya agar meminta petunjuk pada setiap waktu, yang dengan sebab itu Allah SWT akan membentangkan pertolongan, ketegaran dan taufiq kepadanya.
Maka orang yang berbahagia adalah orang yang diberi taufiq oleh Allah Ta’ala untuk selalu meminta petunjuk, kerana Allah menjamin akan mengabulkan permintaan orang yang berdoa kepadaNya. Terlebih lagi apabila orang yang meminta sedang berada dalam keadaan tersepit dan sangat merasa perlu kepada Allah, di waktu siang mahupun malam… (Tafsir Ibnu Katsir, I/37-38)
Wallahu a’lam.

Cara teguran yang mulia dalam Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW




Cara teguran yang mulia dalam Islam yang diajar oleh Rasulullah SAWInsan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya tidak disedarkan ataupun tiada siapa yang menegur kita tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.
Dikisahkan dahulu, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik. Lalu mereka bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?" Saiyidina Umar r.a. menjawab; "Ya dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."
Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.
Diriwayatkan daripada Tamim Al-Dari r.a. Bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Agama adalah nasihat."Kami pun bertanya: "Untuk siapa wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam." (Riwayat Muslim)
Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan dilabel sebagai "Cakap tidak serupa bikin". Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, tacit dikecam bak kata pepatah, "bagai ketam mengajar anak berjalan lurus". Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengigatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran.
Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa jua niat buruk, Elakkan "memilih bulu" apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.
Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alas an, tiga faktor tersebut perlu diambil kira:
1.Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2.Waktu yang sesuai untuk menegur.
3.Memahami kedudukan orang yang ditegur
Saya juga teringat kata-kata ustaz daripada indonesia yang pernah datang ke MTNP yang mengatakan cara-cara menegur mempunyai tiga peringkat iaitu:
1.Memberi salam
2.Memberi hadiah
3.Nasihat(teguran)
Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahan dan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.
Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah Al-Nahl 16: 125)
Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika perlakuan buruk yang kita lakukan tiada orang yang mengesan dan menegur? Atas apa juga alasan, kita akan meneruskan perbuatan itu tanpa disedari. Jika hari ini ada orang yang menegur perbuatan itu, mungkin kita dapat mengubah, hasilnya nasib kita juga mungkin berubah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan)." (Riwayat al-Dailami)
Hidup seorang mukmin seharusnya menjadi cermin kepada mukmin yang lain. Jika kita melihat sesuatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam.
Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita harus menegah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Riwayat al-Bukhari)
Akhir kalam dari saya, marilah kita tegur-menegur secara berhikmah dan berbudi bahasa sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim antara mukmin. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka :)

The last word of Imam Ghazali

Imam Ghazali woke up one early morning and as usual offered his prayers and then enquired what day it was, his younger brother, Ahmad Ghazali replied,"Monday." He asked him to bring his white shroud, kissed it, stretched himself full length and saying "Lord, I obey willingly," breathed his last.

And underneath his head rest they found the following verses; composed by him, probably, during the night.

"Say to my friends, when they look upon me, dead
Weeping for me and mourning me in sorrow
Do not believe that this corpse you see is myself
In the name of God, I tell you, it is not I,
I am a spirit, and this is naught but flesh
It was my abode and my garment for a time.
I am a treasure, by a talisman kept hid,
Fashioned of dust, which served me as a shrine,
I am a pearl, which has left it's shell deserted,
I am a bird, and this body was my cage
Whence I have now floron forth and it is left as a token
Praise to God, who hath now set me free
And prepared for me my place in the highest of the heaven,
Until today I was dead, though alive in your midst.
Now I live in truth, with the grave - clothes discarded.
Today I hold converse with the saints above,
With no veil between, I see God face to face.
I look upon "Loh-i-Mahfuz" and there in I read
Whatever was and is and all that is to be.
Let my house fall in ruins, lay my cage in the ground,
Cast away the talisman, it is a token, no more
Lay aside my cloak, it was but my outer garment.
Place them all in the grave, let them be forgotten,
I have passed on my way and you are left behind
Your place of abode was no deweling place for me.
Think not that death is death, nay, it is life,
A life that surpasses all we could dream of here,
While in this world, here we are granted sleep,
Death is but sleep, sleep that shall be prolonged
Be not frightened when death draweth night,
It is but the departure for this blessed home
Think of the mercy and love of your Lord,
Give thanks for His Grace and come without fear.
What I am now, even so shall you be
For I know that you are even as I am
The souls of all men come forth from God
The bodies of all are compounded alike
Good and evil, alike it was ours
I give you now a message of good cheer
May God's peace and joy for evermore be yours."

Antara Cinta dan Cita-Cita

Salam to all readers~



Antara cinta dan cita-cita. Kedua-duanya saling berkaitan. Sudah pasti kedua-duanya juga yang kita inginkan. Memang menjadi fitrah setiap insan ingin rasa untuk dicintai. Tak salah untuk bercinta, tapi jangan sampai cita-cita kita terabai. Cinta pasti datang bila masanya tiba, tapi cita-cita takkan datang bergolek tanpa usaha.

Cinta yang hadir saat kita sedang berusaha menggapai cita-cita itu adakalanya memberi 1001 kebaikan, tapi terkadang ada juga yang membawa beribu keburukan atau penyesalan. Diri sendiri perlu bijak dalam menilai cinta dan cita. Jangan terus hanyut memburu cinta hingga lupa menggapai cita-cita. Usah terburu-buru juga mencari cinta, takut kelak diri kan merana.

Cinta terkadang ketawa, tapi terkadang juga membawa duka. Berhati-hati memberi cinta, usah sampai ada hati yang kecewa terluka. Andai berusaha ke arah menggapai cita-cita, usah turut kata cinta. Jika benar ingin bercinta, pastikan ianya memberi semangat buatmu, bukan sekadar cinta yang hanya suka-suka. Terkadang cita-cita itu menjadi penguat cinta, begitu juga sebaliknya.

Bercinta biar punya cita-cita, jangan bercinta sekadar suka-suka. Bersemangat dalam mengejar cita-cita, dan lebih elok menyimpan cinta itu ke arah yang halal nanti. Duhai hati, bersabarlah. Tak bercinta, tak bermakna kita tiada orang yang suka. Mungkin belum tiba waktunya lagi. Kejar cita-cita dahulu, baru kejar cinta.

Tapi bila kamu berada di persimpangan yang mengundang dilema antara cinta dan cita-cita. Kamu harus bijak memilih. Jika cita-cita yang menjadi pilihan, tak bermakna cinta diketepikan. Dan apabila cinta yang menjadi pilihan, tidak bermaksud juga cita-cita diabaikan. Seimbangkan kedua-duanya, biarlah cinta dan cita-cita itu seiring jalannya, jangan berat sebelah. :')


Saat ilmu yang dituntut, 
Usah biar cinta melutut.

Antara cinta dan cita-cita. Kedua-duanya saling berkaitan. Sudah pasti kedua-duanya juga yang kita inginkan. Memang menjadi fitrah setiap insan ingin rasa untuk dicintai. Tak salah untuk bercinta, tapi jangan sampai cita-cita kita terabai. Cinta pasti datang bila masanya tiba, tapi cita-cita takkan datang bergolek tanpa usaha.

Cinta yang hadir saat kita sedang berusaha menggapai cita-cita itu adakalanya memberi 1001 kebaikan, tapi terkadang ada juga yang membawa beribu keburukan atau penyesalan. Diri sendiri perlu bijak dalam menilai cinta dan cita. Jangan terus hanyut memburu cinta hingga lupa menggapai cita-cita. Usah terburu-buru juga mencari cinta, takut kelak diri kan merana.

Cinta terkadang ketawa, tapi terkadang juga membawa duka. Berhati-hati memberi cinta, usah sampai ada hati yang kecewa terluka. Andai berusaha ke arah menggapai cita-cita, usah turut kata cinta. Jika benar ingin bercinta, pastikan ianya memberi semangat buatmu, bukan sekadar cinta yang hanya suka-suka. Terkadang cita-cita itu menjadi penguat cinta, begitu juga sebaliknya.

Bercinta biar punya cita-cita, jangan bercinta sekadar suka-suka. Bersemangat dalam mengejar cita-cita, dan lebih elok menyimpan cinta itu ke arah yang halal nanti. Duhai hati, bersabarlah. Tak bercinta, tak bermakna kita tiada orang yang suka. Mungkin belum tiba waktunya lagi. Kejar cita-cita dahulu, baru kejar cinta.

Tapi bila kamu berada di persimpangan yang mengundang dilema antara cinta dan cita-cita. Kamu harus bijak memilih. Jika cita-cita yang menjadi pilihan, tak bermakna cinta diketepikan. Dan apabila cinta yang menjadi pilihan, tidak bermaksud juga cita-cita diabaikan. Seimbangkan kedua-duanya, biarlah cinta dan cita-cita itu seiring jalannya, jangan berat sebelah. :')


Saat ilmu yang dituntut, 
Usah biar cinta melutut.

Sunday, 26 May 2013

AMALAN-AMALAN DI BULAN REJAB


Di surga ada danau yang bernama Rajab. Airnya putih melebihi putihnya air susu, manis melebihi manisnya madu dan dinginnya melebihi salju. Barang siapa puasa sehari di bulan Rajab kelak Allah akan memberikan minuman daridanau Rajab. (Al-Hadits)
Dari Abi Hurairah berkata ; Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wassalama bersabda ; “ Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab Allah mencatatnya sebagaimana orang puasa 60 bulan”.
Dan ada awal hari bulan Rajab malaikat jibril turun kepada Nabi dengan risalah untuk isra’ bersama Nabi. Nabi bersabda “Ingat bulan Rajab adalah bulannya Allah, barang siapa puasa sehari dibulan Rajab dengan iman dan keikhlasan, maka akan mendapatkan keridhoan-Nya.”(Al-Hadits)
Barang siapa membaca
رَبِّ اغْفِرْ لي وَارْحَمَنِْي ُوتُبْ عَلَيَّ ٧٠ ×
Setiap ba’da isya’ malam bulan Rajab, maka tidak akan tersentuh kulitnya oleh api neraka (Al-Hadits)
Barang siapa membaca
أحْمَدُ رَسُولُ الله محمّدُ رَسُولُ الله ٣٥×
Dibaca diantara dua khutbah hari Jum’at Akhir bulan Rojab, maka
dimudahkan rizqinya dan dicukupi segala kebutuhanya (Qaul Ulama’)

Amalan amalan di Bulan Rajab: Kitab Mukaasyafah Al-Quluub, Al-Imam Ghazali

“Bersabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya di surga ada sungai yang disebut dengan rajab (isinya) lebih putih dari pada susu, dan lebih manis dari pada madu. Barangsiapa yang berpuasa sunnah satu hari pada bulan Rajab akan diberi minum oleh Allah dari sungai tersebut.” (HR. Imam Baihaqi)
Adapun puasa sunnah pada bula Rajab banyak hadits-hadits Rasulullah SAW yang menganjurkan untuk melakukannya karena mempunyai nilai pahala ganda.
Diriwayatkan oleh Tsauban bahwa ia pada suatu ketika berjalan bersama Rasul saw melewati suatu kuburan di mana Rasulullah saw berhenti sejenak dan menagis ter-sedu2. ” Kenapa enkau menangis ya Rasulullah?” tanya Tsauban, lalu Rasulullah bersabda : “Aku berdoa untuk mereka yang sedang disiksa kuburnya maka diringankanlah siksanya oleh Allah. Coba mereka berpuasa satu hari dan tidak tidur satu malam dalam bulan Rajab, mereka tidak akan disiksa dalam kuburnya.
Dan bulan Rajab adalah bulan taubah, seorang ulama’ ahli hadits Al-Imam Muhammad bin Abdullah Al Jardani Rohimahullah menerangkan dalam kitab hadits Misbahud-dholam bahwa : “Diterangkan dalam kitab-kitab
Allah yang terdahulu, orang yang membaca :
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَليَّ ٧٠ ×
Dibaca 70 x setiap ba’da isya’ atau waktu pagi dan sore bulan Rajab,
“Orang tersebut akan terhindar dari siksaan api neraka (dosa-dosanya diampuni oleh Allah)”

KALAM AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR AL-HAFIDZ PERIHAL BULAN REJAB

Hendaknya setiap muslim itu mengambil manafaat yang berbuah pahala dalam bulan Rejab dengan beberapa hal yang penting:

1 - Memperbanyakkan istighfar dan melaksanakan taubat nasuha, yakni taubat dengan sebenar-benarnya taubat.

2 - Bersungguh-sungguh (istiqomah) dalam melaksanakan ketaatan, meninggalkan larangan (kesalahan) serta kemaksiatan.

3 - Memperhatikan dari segala keadaan, guna untuk memperbaikinya dan mendirikan atas dasar mengikut sunnah Baginda Rasulullah S.A.W.

4 - Memperhatikan segala urusannya yang berkaitan dengan hal wajib serta menghadirkan hati dalam mengerjakannya.

5 - Menjaga agar selalu berada di saf hadapan ketika solat (berjamaah), tanpa meninggalkan takbiratul ihram dan tidak melewatkannya (melambat-lambatkan dengan sengaja).

6 - Membaca Al-Quran, bertadabbur dan mengikuti apa jua yang dilarang serta diperintahkan seperti terkandung di dalam Al-Quran.

7 - Berzikir di waktu pagi serta malam hari, saat setelah solat dan juga dalam setiap keadaan.

8 - Menjaga hubungan dengan keluarga, sahabat, teman, kerabat, dan juga kepada seluruh makhluk Allah S.W.T.

9 - Berpuasa dalam bulan Rejab, utamanya pada hari Isnin, Khamis serta 'Ayyamul Baidh' (13, 14, dan 15 di bulan Rejab).

10 - Memiliki bahagian dari sedekah untuk kaum fuqoro' serta orang-orang miskin dan hendaknya kita berbuat baik kepada mereka.

semoga manfaat...
 

Fadhilat Berpuasa Di Bulan Rejab

Assalamualaikum
" Dan tiada seorang pun di antara kamu, melainkan melaluinya (api neraka), itulah keputusan Tuhanmu yang tidak dapat dihindarkan. Lalu kami selamatkan pula golongan mereka yang bertakwa".
(Maryam:71-72)
1 Rejab 1434 Hijriah di mulai pada 11 Mei 2013.
PUASA BULAN REJAB
Hadis  Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bermaksud :

"Rejab adalah bulan Allah S.W.T , Syaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku".


Dari hadis tersebut dan juga banyak lagi hadis baginda menunjukkan bahawa ketiga tiga bulan tersebut merupakan tempoh yang panjang untuk umat Ilam mengerjakan berbagai bagai amal ibadah, yang diberi sebebsar besar ganjaran pahala, khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.
Menurut  maksud sebuah hadis Rasullullah S.A.W, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab maka Allah S.W.T menyeru kepadanya:-

 "Telah wajib hakmu ke atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi Ketinggian dan KebesaranKu, tidak akan ku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku. Engkau mulia disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada Hijab di antara Aku dan engkau".
Fadhilat selanjutnya (menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W) adalah berikut :-

- Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

- Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai di syurga

- Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga


- Berpuasa sunat Rejab 15 hari,  diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

- Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayidina Ali)


- Berpuasa sunat Rejab 13 hari,  diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

- Berpuasa sunat Rejab 10 hari, akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian siratal-Mustaqim pada hari Kiamat


- Berpuasa sunat Rejab 9 hari, akan mendapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke neraka

- Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada Hari Kiamat


- Berpuasa sunat Rejab 7 hari,  akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada Hari Kiamat

- Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada Hari Kiamat dengan muka yang bercahaya


- Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan daripada azab kubur

- Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada Hari Kiamat


- Berpuasa sunat Rejab 3 hari,  akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Kiamat

- Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadahnya

- Berpuasa sunat Rejab sehari itu diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadah seumur hidupnya.

Jika berpuasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.

Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mi'raj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadah sedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun


Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipelihara Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Kiamat.